Thursday, August 26, 2010

Sapu Sawang....

Rasa cam dah lama tak updated blog ni.... bz le katakan.... BK yang sebenonye sibuk dengan updated blog BK... ye lah. sampai 3 blog BK nak manage. dalam kesempatan ni BK nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi terima tawaran untuk menyertai jamuan berbuka puasa TMPOINT KEPONG di Felda D'Saji pada 28 OGOS 2010 hari sabtu.... dengar cam banyak menu yang nak kena perabihkan.... yummmmy.... okey le nanti nak godek dengan Dakoli Dakosi....

Sunday, August 15, 2010

Salam Ramadhan......

RaMaDhan datang lagi.... rasenye belum terlambat BK nak ucapkan selamat berpuasa....
Semoga bulan puasa ni memberi kekuatan pada kita dalam menempuh hidup seharian.... memandangkan kita berada di barisan hadapan khidmat pelanggan...
Ape pun tidak sampai sebulan kita akan menyambut Hari Raya... jangan gaduh-gaduh cuti ye...
Bulan puasa juga masa untuk kita meningkatkan silaturrahim.... sesama kita bermaaf-maafan....

Okey.... sapa nak jadual berbuka ..... ni cik Siti lampirkan.... jangan gaduh-gaduh boleh print sorang satu...
okey.... jadual untuk watu urusan seperti berikut:
ISNIN - JUMAAT : 8.00 Pagi hingga 4.30 Petang
SABTU : 8.30 Pagi hingga 1.00 Petang
AHAD: Masa untuk rehatkan minda....
so... take challenge datang awal ye......
CHALLENGE











Wednesday, August 11, 2010

Team Work!!!!!!!

okey.... nampaknye dah berkepuk-kepuk sawang kat cni..... tak sapa pun nak kuakkan. jadi BK jadi tukang godek kat blog ni.... en3 kali ni memang penting. penting sangat memandangkan kita berada satu bumbung bersama-sama selama 12 jam satu hari... jadi semua ni perlukan team work untuk kita berjaya. tul tak cakap BK ni?
Kalau kerja ada team work, semuanya akan jadi macam.... kata orang 'ala.... kacang je...'


kalau ada team work juga orang nak jatuhkan kita pun susah. cam contoh yang cikgu kita selalu bagi contoh. sebatang lidi kalau kita patahkan pejam mata sebelah je dah boleh. tapi cuba kalau setiap batang lidi disatukan menjadi penyapu. susahkan kalau kita nak potong?

kalau ada team work juga semuanya nampak mudah... dan kita boleh berjaya.
save program baru ni.... tahniah kita banyak wat save
save program juga kita dah dapat habuan ari tu...
semalam seperti mana bos kata e-kiosk kita boleh bit tmp lain
unifi kite pun cam tak caya leh dapat permohonan yang luar jangkaan
semuanya kerana kita bekerja dalam TEAM WORK!
rasenye kalau kita lebihkan lagi team work sudah pasti tiada sapa yang akan boleh lawan kita... dan kita boleh jadi TMP yang terbaik.... untuk tatapan semua.... lagu ini BK dedikasikan pada semua teman-teman di TMP KEPONG.....



Thursday, February 25, 2010

Penangan vitamin B complex


Okle... oleh sebab Blog ni dah bersawang, BK nak kongsikan satu cerita yang berlaku pada 24/2/2010 di kaunter pcs... watak yang terlibat Puan Misni dan one of the man customer(betul ke apa yang aku merepek ni) mase tu Mis memang tengah nak mula kena selsema. sok sek idung dia. alkisah....


ting tong 1111( no ntah mana yang BK ambik) jadi ada satu pelanggan lelaki datang dan berhajat untuk membayar...


Pelanggan ni pun dengan ramahnya bertanya. "You selesema ye."


and then si Mis ni kepala tengah ting tong pun jawab.


"Ye..."


"Kalau itu macam u makanlah vitamin. I pun makan vitamin ini." sambil dia tunjukkan sepapan pil.


si Mis ni pun jawab..."Ini B complex...biasa orang mengandung makan ini pil." customer tu terkejut.


"Ini pil utk orang mengandung ke? aiya.... saya bukan mengandung..... betul ke? ini pun olang bagi saya..." Tanya customer lagi.....


dengan penuh komfiden.."Yelah.... biasa orang mengandung makan ubat ni." Pelanggan dok bantai gelak. BK yang ada kat sebelah nak tergelak tapi boleh kontrol lagi.


Pas tu customer ni bertanya dengan satu soalan maut kat Mis.


"Entah-entah u mengandung tak?" Kali ni Mis pulak yang terkejut(mungkin)


'Eh, saya baru lepas bersalinlah....." Tanpa lengah Mis menjawab dengan cepat.


"Apa?"


"Saya baru lepas bersalinlah...."


"O... ye ke.... baru saya tau ini pil orang mengandung punya....." ujar customer tu dalam tawa...... dan berlalu dalam senyuman.... hari ni dia belejar sesuatu.... pil B complex selalunya orang yang mengandung ambil pil tu. he...he....

Wednesday, February 17, 2010

JANGAN MENCARI TERLALU "SEMPURNA"

Jika kamu memancing ikan......Setelah ikan itu terlekat di mata kail...... Hendaklah kamu mengambilikan itu......Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitusahaja.......Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya......Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masihhidup......Begitulah juga......Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ......Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu......Hendaklah kamu MENJAGA hatinya......Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja......Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu......dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masihmengingati kamu......Jika kamu MENADAH air biarlah berpada......Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begituteguh......Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja......Kerana apabila ia mulai RETAK ....tidak sukar untuk kamu menampal danmemperbaikinya semula...... Dan bukannya terus dibuang begitusahaja......Begitulah juga......Jika kamu sedang memiliki seseorang.... TERIMALAH dia seadanya......Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begituistimewa...... Anggaplah dia manusia biasa......Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN .... tidaklah sukar untuk kamuMEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga keakhir hayatDan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja keranakamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnyaLalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja......Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi......Yang kamu pasti baik untuk diri kamu......Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ......Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain...... Keranaterlalu ingin mengejar KELAZATAN ......Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak bolehmenikmatinya lagi......Kamu akan MENYESAL ......Begitulah juga......Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ...... Yang kamu pastiboleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu...... MENYAYANGIMU ....MENGASIHIMU ....dan MENCINTAIMU ....Mengapa kamu berlengah lagi?Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain......Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ......Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila diamenjadi milik orang lain......Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi......Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana iabukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kitaboleh m ema afkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur denganKELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yangkita sudah MILIKI ...kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA...itu lebih BERMAKNA !"Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kanberganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang

Saturday, February 13, 2010

World's First Anaconda Solar Powered Stadium In Taiwan




















TEMUDUGA SATU SOALAN

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini"

Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?", tanya CEO tersebut.
Calon pertama berkata,"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari""Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.

"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua."KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab calon kedua."Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.

"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga."Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga."Jawapan yang terhebat setakat ni.

Bagaimana pula dengan kamu?"CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat dengan yakin sekali."Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah......... .....

"Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan... ........