Tuesday, December 15, 2009

SKMM, TM diarah kaji khidmat Internet lebih murah.


Petikan dari Utusan Malaysia (15/12/2009)


KUALA LUMPUR 14 Dis. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia Berhad (TM) diarah menyediakan kertas cadangan kaedah penyediaan perkhidmatan Internet pada harga lebih rendah.Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, kertas cadangan itu akan diserahkan untuk penilaian Kabinet, Februari depan."Kerajaan tahu kos Internet di Malaysia masih tinggi, oleh itu Kabinet telah menyarankan SKMM dan TM menyediakan kertas cadangan (mengatasinya). "Ia mengenai bagaimana kita boleh sediakan perkhidmatan Internet yang lebih rendah daripada sekarang," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mahukan penjelasan mengapa kualiti perkhidmatan Internet di negara ini tidak memperlihatkan peningkatan sejak beberapa tahun lalu.


Gaji CSR bila nak naik??Hu2..

Saturday, December 12, 2009

70200 result!!!

(tekan gambar bagi besar kalo tak percaya)



Itu menandakan TMPoint Kepong Sentiasa Hangat-Pantas-Tangkas...Inilah buktinya...Pelanggan pun sangat suka datang kesini..Server down pun tak putus-putus pelanggan datang...Tak dapat aply hari tur balik rumah baca blog...wakaka..Ini lah dia TM Point no 1 negara...ha2..ni bukan main2 tapi kenyataan..result TMPoint Kepong telah melangkau jumlah tmpoint lain di Malaysia ni sebanyak 70200...Syabas semua!!!!

Thursday, December 10, 2009

4 Hari Jumaat cuti...

Kepada pelanggan yang dihormati sekalian..Kami TMPointkepong akan cuti berturut2 pada setiap hari jumaat..best oh..tapi yang kena kerja untuk hari sabtu..Selamat bekerja yea..untuk ingat mengingati sesama sendiri..Berikut merupakan cuti hari berikut....

1.Jumaat (11/12/2209)-Keputeraan Sultan Selangor



Ampun tuanku...

2.Jumaat (18/12/2009)-Maal Hijrah


1 muharam detik permulaan perpindahan nabi dan umat islam dari Mekah ke Madinah


3.Jumaat (25/12/2009)-Hari Natal

Time ni Malaysia dilanda salji dekat shopping complex..ramai jugak yang jadi santa claus..


4. Jumaat-Tahun baru 2010

Azam tahun lepas dah habis dah??Azam 2010??

SELAMAT BERCUTI SEMUA STAFF TMPOINT KEPONG-SELAMAT PULANG SELAMAT SAMPAI...-NJ-

Baja Kompas

Hari ini dalam sejarah...Tepat pukul 12.50 hari khamsi(10.12.2009)...





Mula-mula pelanggan ni terlepas no...Pelanggan merupakan seorang nenek cmtu..Dia bawa cucu dia aku rasa...Cucu dia memang lah kesana-kesini..nenek ni nak potong streamyx....dah isi borang...aku tengok guna ic dia..semua dah closed..takder masalah..sambil tur cucu dia tak leh duk diam..lepas habis jer aku berbicara dgn dia..dia kata dengan aku cucu dia tak tahan nak berak..lantas dan tangkas secepat mungkin nenek ni berjalan sambil bawa cucu dia keluar..tapi apakan daya...hasil titik usaha cucu dia maka tercipta lah ini.....





baja dari manusia dari umur budak 3-4 tahun..(gambar ori punya ni)


Dan seluruh TM Point bagai dilanda satu wabak...Wabak tutup hidung..Ada pelanggan yang gelak-gelak dan ada pelanggan yang tutup hidung tak bleh tahan bau...Dan dengan perasaan bangganya nenek tersebut blah begitu sahaja macam takder aper-aper yang berlaku...Aku rasa tepat waktu dan masanya suruh dia blah....kalo tidak memang kaunter 5 jadi mangsa woi..



kesudahan cerita dia.....


Kesian bibik terpaksa bersihkan dengan memakai penutup mulut H1n1 dengan sarung tangan plastik ciptaan sendiri...He2..NJ

Saturday, December 5, 2009

Sekalung Tahniah

TAHNIAH!!!!!

TAHNIAH KEPADA SALAH SEORANG RAKAN KITA IAITU PN ROHSILAI BINTI ABDULLAH YANG TELAH MELAHIRKAN ANAK LELAKI PADA 4/12/2009. TERNYATA HASRAT UNTUK MEMILIKI ANAK LELAKI SUDAH TERCAPAI. DIHARAP, DENGAN KEDATANGAN ORANG BARU MAKA REZEKI AKAN DILIMPAHI OLEH RAHMATNYA DAN MENJADI ANAK YANG SOLEH.

TAHNIAH DARI KAMI SEMUA WARGA TMPOINT KEPONG
SELAMAT BERPANTANG