Tuesday, December 15, 2009

SKMM, TM diarah kaji khidmat Internet lebih murah.


Petikan dari Utusan Malaysia (15/12/2009)


KUALA LUMPUR 14 Dis. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia Berhad (TM) diarah menyediakan kertas cadangan kaedah penyediaan perkhidmatan Internet pada harga lebih rendah.Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, kertas cadangan itu akan diserahkan untuk penilaian Kabinet, Februari depan."Kerajaan tahu kos Internet di Malaysia masih tinggi, oleh itu Kabinet telah menyarankan SKMM dan TM menyediakan kertas cadangan (mengatasinya). "Ia mengenai bagaimana kita boleh sediakan perkhidmatan Internet yang lebih rendah daripada sekarang," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mahukan penjelasan mengapa kualiti perkhidmatan Internet di negara ini tidak memperlihatkan peningkatan sejak beberapa tahun lalu.


Gaji CSR bila nak naik??Hu2..

No comments: