Wednesday, October 28, 2009

Hari ni Hari hujan

Senangnya dalam hati kalau hari-hari ujan
keje tak de, cust pun tak de
Tapi takut gaji pulak yang tak de

Friday, October 23, 2009

budak cun kat tmp kepong..

hu..hu..jumpa lagi ek..kali ni giliran saya plak nak citer pasal ke'excited'tan budak2 ni kat staff baru. dari minggu lepas dok tanya bila staff baru tu nak masuk. hari ni akhir nya muncul jugak dia..aduhai comel betui orangnye..kiut miut..patut la bebudak laki kat cni cair..tambah2 si fiq tu. juling mata dia setiap kali budak tu lalu..he..he..si azami pun sama gak..tengah kira duit sempat lagi jeling2 tu..nama dia farah ain..selamat datang ke tmpoint kepong farah..kau jangan bimbang kakak2 kat cni n abag2 semuanye baik2 belaka. ok..chow chin chow..

Jangan main getah

Okeyla, kali ni nak ceritakan apa yang terjadi pagi tadi. selepas tukar duit kite balik kaunter dan terus panggil customer. nak jadikan cerita, selepas scan bil dan customer pun nak bayar kite pun nak le ikat $$. Tapi malu siot, bukan salah kite. bukan kite nak buat hal, getah tu yang buat perangai. masa nak ikat tu le dia putus. dahlah putus, dia terbang pulak kat lengan customer. Customer pompuan pulak tu.

aku nak tegur takut. tapi dia perasan ada getah kat lengan dia. terkejut sikit je dia. nasib baik dia bukan jenis yang melompat sakan. kalau tidak, sudah tentu nak pujuk dia payah. buat dia ada latah, tak ke haru nanti.

aku minta maaf bukan sekali, rasanya dari start getah tu hinggap kat lengan dia sampailah dia selesai dengan kite. dia pun terkejut juga. dia ingatkan cicak jatuh kat lengan dia. He...he...mana ada cicak sini madam, lipas adalah.(dalam ati je) So, pengajaran jangan main getah ye....

Wednesday, October 21, 2009

Krol Demam

12/10/2009-Hari ni karol demam,dia dah datang pagi tadi pastu tak sihat terus balik..Semoga krol sihat selamanya..sbb hari ni turn aku rehat skit...He2...Dalam CS kitorang ada satu perjanjian dimana kalo hari ni ko rehat cm aku rehat...Wani n Krol masuk kaunter...Kalo Krol rehat Ak dgn Wani masuk kaunter,kalo Wani rehat aku dengan krol masuk kaunter...koje-kojer n terus kojer..Rehat pun bukan 1 hari tur..Tu pun kena settlekan pending tak habis2...Kalo pagi yang kerja masuk kaunter...time breakfast n lunch yang rehat kena cover balik..Kalo ader komputer dapat lah guna kalo tak gunalah fgtc..kalo takder dua2 gunalah aper2..Mr maniam tak habis cuti lagi..Semoga CS mantop selamanya...NJ

Salah sangka..

Salam semua,hari ni 21/10/2009..Cerita ini diceritakan semula oleh aku...Ada sorang madam datang jumpa aku nak buat laporan tentang kerosakan internet,dia kata tak boleh guna dah lama dah..Lepas tu nak potong internet terus kalo tak dapat guna..tapi disebabkan tempoh perjanjian habis bulan 12 nie..so tak boleh...aku nak buat save,pastu aishah mai datang...knape najib??ni ha customer nak potong internet tp ada tmpoh perjanjian lagi...hbis cmner?dalam keseronokan kitaorang berbincang tetiba madam nie terus sampuk dalam bhs mandarin dengan nada menangis...cong ceng cong ceng...kitorang pun pandang sesama sendiri..dia ingat aishah cina mualaf..tulah duk cakap cina dengan dia..aku tergelak2..pastu aishah tarik dia ke meja transformer dekat skrin besar tur...dia duk merayu nak terminate..kesudahan citer dia tanya aishah...:-)...NJ

Tuesday, October 20, 2009

Sekalung Tahniah Untuk Warga TMPOINT

CONGRATED TO YOU ALLLL!!!!!

Tahniah buat semua warga Tmpoint Kepong kerana berjaya mendapat tempat kedua di dalam penyertaan visa debit kad yang berlangsung pada bulan September yang lalu. Jika tiada kerjasama kejayaan ini tidak dapat kita nikmati.....

Berita baik yang disampaikan oleh boss kita Cik Wani menjadi pemangkin untuk kita terus berjayakan??????

SAYA NITA..

hai..nama saya hasnita. nama glamer saya anita..tp saya suka kwn2 panggil nita@ita je.
saya dilahirkan di kg banggol che dol..kat mana tu?? pasir mas, kelantan ler.
saya baru je joint tmpoint kepong pada 18 jun 2009. waktu tu saya tengah sarat mengandung 8 bln. mula2 masuk kat sini first org yg saya jumpa adalah kerol..waktu tu tengah tunggu kat depan coz org yg pegang kunci blm sampai. mula2 masuk tempat baru tak la sonok sangat..sebab tak kenal lagi diaorg sume ni..tapi lama2 ok la..
bulan 7 saya cuti sebulan..terus sambung ngan cuti bersalin. seronok sangat cuti nak balik keje amatlah malas. tp nak wat cam ne..dah keje kan.
ok lah..tak nak tulis banyak2 nanti muak pulak korang nak baca..cuma nak ucapkan terima kasih banyak2 kat kakak2,abang2 dan adik2 kat tmpoint kepong yang sudi menerima kehadiran saya kat cni..10q!!

Monday, October 19, 2009

Ramadhan 2009




Sempena menyambut ramadhan 2009 yang lalu.... kami telah berbuka puasa di Hotel Singgahsana.... dengan hati yang ikhlas dan suci majlis kami berseri-seri lagi... makanannya usah dikata... semuanya best berlaka... ada hiburan dari kumpulan Rabbani walaupun tiada ahli utamanya yang telah pergi meninggalkan kita semua, rabbani terus berjuang....

Pendek kata kami ibarat satu keluarga... gembira sentiasa walaupun kerja banyak dipejabat.... ada yang bawa suami dan isteri tak lupa dengan anak-anak sekali dan ada juga yang bawa bakal orang rumah masing-masing (nak tunjuk sapa punya cun ka)....
yang penting niat tu.

Gambar bersama....



Tidak kira umur, tua muda dan juga tidak kira bangsa semua sama meraikannya. walau pun beghebut nak ambil makanan namun kite semua seronok malam tu. gambar kat atas ni masa memasing nak balik ghumah. buat Miza terima kasih coz sudi datang. Mr maniam wa tabik lu sama meraikan.
Buat Is dan Wan nanti tahun depan nanti tak nak bawak awek tau. kalau boleh lah bawak bini... he....he....(Jangan mare)

So, kalau ada jodoh tahun depan kita jumpa lagi. Jijah kate nak gi D'saji. Tahun ni tak dapat tahun depan kena book sebelum puasa.....

Posing maut punye....



Malam tu, tak tahulah kenapa dengan bebudak kepong ni. Time makan posing, time datang posing, time nak balik pun posing. memang pantang jumpa kamera. terutama adik syuk yang memang darring abis. cam mana korang tengok kite ni cam tu lah kite kat opis. kepala gila-gila tapi gila keje. sume badan comel-comel bukan sebab kuat makan, mungkin sebab dah kenyang dengan maki-maki pelanggan. yelah, nak maintain SPP sonyap jelah. dia orang yang mara-marah tu pun boleh kurus tau! Yang penting kite Hepi Kan...kan...kan...

Terima Kasih sume....



Lidah dah kelu melihatkan perangai bebudak ni. aku tahu, semua memang datang penuh haraoan nak kenyangkan perut. Mata semuanya meliar yang ada nak cari jodoh. tapi rasa-rasanya semua yang ada mesti otak dok pikirkan backlog. Keje-keje juga. makan, makan juga, suka,suka juga. tapi tak boleh lari dari hakikat. bak kata Labi

SELAGI BELUM TUTUP MATA KEJE...KEJE...KEJE...

Hidangan Mengenyangkan perut


Agak-agaknya kalau kite jual semua makan-makan kat atas tu dah sah memang boleh buat duit punya. tapi rasa-rasa tak sempat kalau bebudak kepong yang hadap. ini pun bak kata orang dia punya pencuci mulut. belum lagi hidangan utama. rasa-rasa kalau ada meja dua tingkat memang tak cukup. apa yang boleh peghatikan menu tu kalau nak sebut memang pagi esok pun tak abis. jadi apa yang adalah ye...

Daging Panggang
Buah-buahan tempatan
Nasi Ayam
Nasi campur
Mee dan Laksa
Aneka bubur dan pengat
Murtabak dan tosei
Sotong Kangkung
Bermacam aneka kek dan jeli
ABC
dannnnn banyakkkkk lagiiiii

Deparaya 2008



Ini merupakan majlis deparaya pada tahun 2008 dimana dengan selogan sepakat membawa berkat untuk meneratkan hubungan agar berkekal... kami telah ditemukan semula di majlis ini dimana ada staff lama telah memilih kerjaya lain (buat wati dan aza semoga berjaya dengan pilihan kamu) dan buat staff yang cari angin ditempat lain semoga berjaya disana (khas buat yatie, rozie, ila, lily, izan, lily, miza, lan dan fir).... korang tetapi dihati kami dan sentiasa diingati bergitu juga dengan korang semua....

Malam NITRO



Gambar ni diambil waktu TMpoint Selangor buat majlis hari keluarga.... majlis diadakan di hotel dengan tema zaman 60-an... semuanya cun-cun belaka, En.Maniam dengan topi koboinya (tak tahulah yang mana ada kaitan 60-annya) ada yang rambutnya berjambol didepan... ada yang bajunya yang lebih cun dari zaman 60-an.... pendek kata macam-macam ada..... walaupun zaman 60-an telah berlalu tapi ia kekal abadi di hati setiap warga malaysia....

Muka-muka tmpoint kepong



Ini dia antara muka-muka tmpoint kepong, ada yang cun, ada yang lebih cun posh dia (utk E), ada yang mcm Elvis. Itulah dia kami terdiri dari warga 1 malaysia yang berbilang kaum. Di Tmpoint kepong semua ada..

Thursday, October 15, 2009

TMpoint Kepong

Lokasi TMpoint kepong pada mulanya terletak di Taman Desa Kepong berhampiran balai polis kepong... kawasannya amat strategik yang terletak ditengah-tengah tapak perniagaan Taman Desa diantara KFC dan McD... nak makan apa, cakap je semuanya ada....

Kini TMpoint kepong berpindah di lokasi baru setelah bertukar namanya menjadi TMpoint dimana sebelum ini ia dikenali sebagai Kedai Telekom... lokasi baru diberi nama Taman Usahawan Kepong, berhampiran dengan JUSCO kepong..... senang ajekan nak cari.....semua orang tahu....

Cakap saja pasai Tmpoint Kepong semua staff TSSSB mesti terfikirkan satu perkara yang ada logiknya... iaitu sesiapa yang berbadan kecil masuk TMpoint Kepong akan bertukar menjadi BESAR... sebab itu TMpoint Kepong ada kalanya diberi nama jolokan TMpoint KEMBUNG (heheheheheh)... jangan marah sapa yang terasa.... tapi kini nak cari makanan yang sedap susah... jauh nak cari... yang ada mamak, kakak lori dan mamak... yang melayu bungkus.... tapi staff TMpoint kepong tetap kembung juga walaupun susah nak cari makanan yang lazat...tak tahulah mana silapnya.....

Staff TMpoint kepong ramai penghuninya... kalau buat rombongan boleh muat 1 bas express tapi yang dua tingkatlah (faham-faham jelah banyak badan besar)....... pelanggannya juga ramai juga sehingga berduyun tiba... sampaikan setiap hari boleh cecah 1000 orang (yang ramainya buat bayaran)....

Kehidupan kami ni setiap hari kena marah saja.... kena marah ngan pelanggan TM tak usah katalah... tapi kami buat bodoh je sebab dibayar rm30.00 setiap bulan (bilalah nak naik).... tapi dalam hati tuhan sajalah yang tahu....maklumlah keje sebagai CSR... kalau ngan boss ada juga tapi kami ok je... janji keje siap pastu boss belanja...(kena pau juga)....

Yang pentingnya kami happy.....