Sunday, January 31, 2010

Barangan Kesayangan...


cite yg BK nak kongsikan kali ini adalah tentang barangan kesayangan. Tak kiralah... handphone mahal bagai nak cecah 1 bulan gaji, atau pun handphone yang baling kat anjing, anjing pun boleh pitam, laptop vaio, CQ20, CQ 40, acer, pen sebatang yang harga 50 hinggit atau pun pen 60 sen semuanya kalau kita sayang..... dah tentu benda tu nak dekat dengan kita....


cerita yang BK nak beritahu ni kisah terjadi pada hari jumaat ari tu....29/01/2010. masa tu BK tengah duduk kaunter tul-tul ngadap depan pintu masuk. pas tu dengar uncle bising-bising.

"Jangan letak sini lah... orang mahu keluar masuklah... aiyo..." BK pun jengah apa kena kat depan nu... bagai BK nak tergelak betapa sayangnya basikal dia sampaikan dia parking kat depan pintu. memang menghalang keluar masuk. agak-agaknya kalau boleh dia nak bawa masuk basikal tu. takut tul basikal dia hilang. aku tengok nyonya tu buat dek macam tak bersalah.... aiyoooo ini macam punya olang pun ada. ingatkan BMW ke, yang parking. tapi BMX...he..he...

Saturday, January 30, 2010

Lidah Buaya untuk DIJUAL.

Ada sesiapa yang nak beli Lidah Buaya??
Bukan yang ini lah...
Tapi yang bawah nie..

Ada orang panggil kuih tiram ada orang panggil lidah buaya..Tapi kalau masuk perut sama jer..Bibik Jual 1 paket kecil 80 sen jer..Agen jualan Kak Ayu..Sesiapa yang berminat hubungi dia cepat..

Friday, January 29, 2010

Encik boleh tolong buka blog saya?

Hari ni ada sorang pelanggan datang berjumpa aku. Tinggal dikawasan TTDI..Ambil pakej COMBO RM 60..Dia asyik bising yang speed dia slow dekat kawasan tur??..Mula-mula tak puas hati tentang bil..Datang dekat TM Point Damasara...Ada sorang officer janji tak perlu bayar masa first bil jarak kilometer ibu sawat ke rumah..4km tur..Aku cakap En ini memang kena bayar masa bill pertama..Ini jarak dari rumah Encik ke ibusawat TM..Di jawab..Mana boleh macam ini rumah saya dekat sangat jarak dia dari ibusawat TTDI..Dia kata ibarat campak batu dah kena ibusawat tur...Biar betul dia nie..Nak tak nak layan jugakz lah..Dia kata kenapa speed COMBO RM60 ni slow...Setahu aku kawasan ni takder masalah...Aku rasa mesti jenis kedekut sebab yang jarak dari rumah ke ibusawat tur bary RM 20 cmtu..Tulah dia pertikaikan..Last2 tanya aku pasal ofiz ni pakai speed brape??Aku jawab 1.M..Oh lajukah encik??Lajulah aku jawab..ENCIK BOLEH BUKA BLOG SAYA??Dia kata cmtur...Biar betul dia nie..Aku jawab boleh jer..Dia kata kenapa gambar di download dalam blog keluar lambat..Dah aku explain pasal buat blog plak dekat dia..Macam-macam hal..

Selamat Hari Wilayah Persekutuan

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan dan selamat bercuti kepada semua warga Kuala Lumpur..TM Point Kepong nie ikut Kuala Lumpur ker Selangor ek??Time cuti Selangor nak cuti time K.L cuti pun nak cuti..Kalo nak tau ker tak cuti hari isnin ni datanglah tngok..Kalo buka area Selangor kalo tutup confirm area K.L..
Bawah ni ada FAKTA pasal Wilayah Persekutuan
Bendera Wilayah Perskutuan
Bendera Wilayah Persekutuan Labuan

Bendera Kuala Lumpur


Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.


Sejarah
Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membawa kepada penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tugas kementerian ini ialah memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan.

Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah disatukan ke dalam kontinjen tunggal Wilayah Persekutuan.
-Dari Wikipedia-

Kem ibadah di Melaka

Aktiviti pertama yang diadakan pada tahun 2010 nie..Hopely ada program yang best2 selepas nie..Program julung pertama kali diadakan ini...
Di Pengerusikan oleh Is
Dia kata:-Kem melepas tension di melaka untuk staff tmpoint kepong..takde program rasmi,kita jalan2 je pastu plan on d spot..amacam ada bran?satu malam..accomodation standby dlm rm50 sorang..

Start Time: Saturday, January 30, 2010 at 7:30am
End Time: Sunday, January 31, 2010 at 12:00am
Staf yang tak pergi mengucapkan:-
Selamat Sampai Selamat Pulang Selamat MC..He2

Warning!!

Yang Biasa Anda lihat

Yang Jarang anda lihat


Kami menyokong 100%

8 Cara Untuk Akrab dengan Rakan Sekerja


Thursday, January 28, 2010

Setarbrak


Anda pernah makan atau minum di sini??


Disini??


Berminat membuka Francais??Silakanlah..

Hantu di AJL 24??

Santai:-Cerita dari E-Mail
Adakah anda percaya mengenai kisah ini. Terpulang kepada masing-masing
Huhuh. Takutnya kitaorang tengok gambar kat atas tue. Korang perasan ke tak? Katanya benda tue muncul masa persembahan Aizad lagu Kau Aku. Mula-mulanya ramai yang spekulasi tue adalah penari FT. Maklumlah penari dia kan ada yang terbang-terbang. Tapi takkan la terbang sampai ke situ kan?

Ini ialah apa yang dikatakan oleh klubbkidd (orang yang amik gambar nie):-

Time ni masa Aizat wat show Kau Aku. Ada benda atas scaffolding kat atas pentas. Ada ‘orang’ yang berbalut serba putih. Terkejut gak.. tapi kita bayangkan penari Faizal yang wat show pastuh… yang sorang itam sorang pakai putih tuh….yang terbang2. Masaalahnya… satu… ‘orang’ tu tetiba lambai2 kat arah kita.. pastuh menghilang terus! Secondly dia tak pakai baju ketat dancer terbang… dan kain longgar2 cam terbukak sikit flapping gituh, tak cam baju dancer.

Seram gile nie beb!! Ada makhluk lain pun nak berhibur time AJL 24. Takutnya ~~~ Buat mereka yang berani, ada gambar close up selepas nie. Kalau lemah semangat sila jangan tengok yek.

Sedikit penerangan dari Klubkidd.

1. Insiden ni disaksikan lima orang in total dalam kumpulan kengkawan aku. Aku sempat snappy dua pic je, memula ingat nak blog wat lawak, sebab kami semua sangkakan penari Faizal, sebab kejadian ketika lagu Aku Kau oleh Aizat. Aku cuma sedar ‘kepelikan’ bila pas dua kali snap blur tuh – kali ketiga aku tengok nak amik da hilang.

2. Memang ‘entiti’ itu bergerak, seperti orang tapi pergerakan dia minimal, tapi seolah cubaan lambaian sambil melihat ke arah audience dibawah.

3. Aku da bertanyakan orang kuat production TV3 dan setelah gambar dikaji, memang sesuatu yang pelik sebab
a. Bahagian beam dia dok tuh, terlalu jauh dari tempat bebudak penari Faizal yang pakai harness gayut.
b. Tidak kelihatan kelibat pon orang lain – dan tak mungkin dancer unsupervised alone.
c. Tempat itu terlalu jauh kedepan, memandangkan dia da keluar zon pentas, dan tidak ada staff production yang akan ke sana sebab tak ada kena mengena atau fungsi. On top of that – orang production akan pakai warna hitam sahaja.
d. Memang juga disahkan itu bukan pakaian penari Faizal.

Sebab apa??

Semenjak 2 menjak ni customer kurang??Awatnya sebab apa??Sebab ini kah??

Persediaan menghadapi Thaipusam??

Auntie2 sibuk buat Moon Cake di rumah??
atau

Pratikal perbarisan untuk Hari Wilayah 2010 nanti??

Selamat Bercuti semua..

Pertandingan Fotografi 1 Malaysia

Rasa bangga kerana staf TM Point Kepong menjadi model untuk Pertandingan Fotografi 1Malaysia dan gambar tersebut telah menjadi pilihan juri walaupun tidak memenangi tempat pertama,kedua atau ketiga.Inilah bakat yang tidak dapat diketahui orang lain yang staf sini memang berbakat besar.

Gambar ini diambil oleh Mazri Mohd Noor dari TSSSB:-Tahun ni boleh lah tangkap gambar untuk Kad Raya TMpoint Kepong yea..

Your name in japanese...

HARI NI CIKGU NAK AJAR BAHASA JEPUN DIHARAP SEMUA AMBIL PERHATIAN

DON'T SPOIL THE FUN………PASS IT ON & ADD YOUR NAME TO THE LIST!!


A - ka B - tu C - mi D - te E - ku

F - lu G - ji H - ri I - ki J - zu

K - me L - ta M - rin N - to O -mo

P - no Q - ke R - shi S - ari T -chi

U - do V - ru W -mei X - na Y - fu

Z - zi

Najib-Tokazu Kitu
Ana-Katoka
Misni-Rinkiari Toki
Ayu-Kafudo
Mad-Rinkate
Sukri-Aridome Ariki
Shim-Aririkirin

Yang lain cari sendiri la yea..HE2

Wednesday, January 27, 2010

Blogger to Facebook

Semenjak Facebook tercetusnya demam FB semua melanda dah lupakan Blogger termasuk blog nie.Takperlah aper nak buat..Takder cerita panas.. Tapi Twitter ramai yang tak reti guna..Sebab rumit..Dengan adanya kesenangan laman ni dapatlah semuaa staff bersembang sehingga larut malam..Malam semua Online kan??Boss kita belum ada FB lagi??Tidak boleh minta cuti guna FB jer..Bleh??

to

to


Ok..Layan jer lah...Saper kenal Dakolin Dakosi??Add lah dia

Peptalk di Tahun Baru

Assalamualaikum wbt..sorry lah kepada followers semua kerana memang tak sempat nak update blog..Insyaallah aku berazam akan update blog hari2..Bleh??Sepanjang akhir bulan 2009 banyak cerita suka duka terjadi..Antaranya perpisahan WanQ-Rafiq-Hazami...Untuk hari ni peptalk petang yang pertama diadakan pada pada tahun 2010(27/01/2010).Banyak perkara-perakara dibincangakan dan semoga menjadi panduan untuk kita semua. Dan paling penting burger bawah nie....
Terima Kasih kak Ayu belanja makan Burger Otai masa peptalk tadi..Minggu depan giliran saper??

Budak Baru Masuk

Selamat datang ke TM Point Kepong:-


Nama:-EJoy katanya


Semoga bertahan lama disini...

Wednesday, January 13, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

okeylah... tahun 2009 telah pun meninggalkan kita... la ni tahun 2010 pulak tengah kejar kita... sempena tahun baru aku tukar rumah baru untuk blog ni. walau pun aku tahu semuanya sekarang ni tengah gila dengan FB. itu tak bermakna blog ini akan terkubur sendiri... untuk sebulan sekali akan cuba pastikan rumah ini akan selalu bertukar demi untuk mengembalikan kegemilangan blogging ni.... seisi luahan perasaan akan dilancarkan sekarang....

korang sume.... cam ne dengan rumah baru????? kalau tak puas ati tau kat kite ye... nanti kite tukar gumah baru