Friday, January 29, 2010

Selamat Hari Wilayah Persekutuan

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan dan selamat bercuti kepada semua warga Kuala Lumpur..TM Point Kepong nie ikut Kuala Lumpur ker Selangor ek??Time cuti Selangor nak cuti time K.L cuti pun nak cuti..Kalo nak tau ker tak cuti hari isnin ni datanglah tngok..Kalo buka area Selangor kalo tutup confirm area K.L..
Bawah ni ada FAKTA pasal Wilayah Persekutuan
Bendera Wilayah Perskutuan
Bendera Wilayah Persekutuan Labuan

Bendera Kuala Lumpur


Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.


Sejarah
Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membawa kepada penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tugas kementerian ini ialah memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan.

Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah disatukan ke dalam kontinjen tunggal Wilayah Persekutuan.
-Dari Wikipedia-

No comments: