Monday, February 1, 2010

Khidmat Internet TM terganggu akibat kerosakan sirkit

*Pandai-pandailah CSR jawab yea..
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Internet Telekom Malaysia Bhd (TM), hari ini mengalami gangguan berikutan kerosakan sirkit pada kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) di Asian American Gateway (AAG) yang terletak di Lantau, China.

Menurut kenyataan TM hari ini, berikutan masalah itu, pelanggan akan mengalami sambungan Internet yang perlahan ketika melayari laman-laman web yang dihoskan di Hong Kong dan AS.

Mereka yang menggunakan perkhidmatan Protokol Internet (IP) lain seperti Rangkaian Persendirian Maya (VPN) serta aplikasi perniagaan kritikal yang dihubungkan ke Hong Kong dan AS juga mungkin mengalami gangguan perkhidmatan.

Bagi mengatasi masalah itu, beberapa laluan Internet dialihkan ke sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan, tambah kenyataan itu.

Menurut TM, berikutan kerja membaik pulih itu, trafik ke Amerika Utara dan Hong Kong dijangka mengalami gangguan manakala trafik ke negara lain adalah seperti biasa.

Pelanggan TM boleh menghubungi syarikat itu di talian 100 dan pilih "perkhidmatan Internet" atau menghantar e-mel di help@tm.com.my untuk membuat laporan mengenai sebarang masalah perkhidmatan internet berkaitan. - Bernama

Sunday, January 31, 2010

Barangan Kesayangan...


cite yg BK nak kongsikan kali ini adalah tentang barangan kesayangan. Tak kiralah... handphone mahal bagai nak cecah 1 bulan gaji, atau pun handphone yang baling kat anjing, anjing pun boleh pitam, laptop vaio, CQ20, CQ 40, acer, pen sebatang yang harga 50 hinggit atau pun pen 60 sen semuanya kalau kita sayang..... dah tentu benda tu nak dekat dengan kita....


cerita yang BK nak beritahu ni kisah terjadi pada hari jumaat ari tu....29/01/2010. masa tu BK tengah duduk kaunter tul-tul ngadap depan pintu masuk. pas tu dengar uncle bising-bising.

"Jangan letak sini lah... orang mahu keluar masuklah... aiyo..." BK pun jengah apa kena kat depan nu... bagai BK nak tergelak betapa sayangnya basikal dia sampaikan dia parking kat depan pintu. memang menghalang keluar masuk. agak-agaknya kalau boleh dia nak bawa masuk basikal tu. takut tul basikal dia hilang. aku tengok nyonya tu buat dek macam tak bersalah.... aiyoooo ini macam punya olang pun ada. ingatkan BMW ke, yang parking. tapi BMX...he..he...

Saturday, January 30, 2010

Lidah Buaya untuk DIJUAL.

Ada sesiapa yang nak beli Lidah Buaya??
Bukan yang ini lah...
Tapi yang bawah nie..

Ada orang panggil kuih tiram ada orang panggil lidah buaya..Tapi kalau masuk perut sama jer..Bibik Jual 1 paket kecil 80 sen jer..Agen jualan Kak Ayu..Sesiapa yang berminat hubungi dia cepat..

Friday, January 29, 2010

Encik boleh tolong buka blog saya?

Hari ni ada sorang pelanggan datang berjumpa aku. Tinggal dikawasan TTDI..Ambil pakej COMBO RM 60..Dia asyik bising yang speed dia slow dekat kawasan tur??..Mula-mula tak puas hati tentang bil..Datang dekat TM Point Damasara...Ada sorang officer janji tak perlu bayar masa first bil jarak kilometer ibu sawat ke rumah..4km tur..Aku cakap En ini memang kena bayar masa bill pertama..Ini jarak dari rumah Encik ke ibusawat TM..Di jawab..Mana boleh macam ini rumah saya dekat sangat jarak dia dari ibusawat TTDI..Dia kata ibarat campak batu dah kena ibusawat tur...Biar betul dia nie..Nak tak nak layan jugakz lah..Dia kata kenapa speed COMBO RM60 ni slow...Setahu aku kawasan ni takder masalah...Aku rasa mesti jenis kedekut sebab yang jarak dari rumah ke ibusawat tur bary RM 20 cmtu..Tulah dia pertikaikan..Last2 tanya aku pasal ofiz ni pakai speed brape??Aku jawab 1.M..Oh lajukah encik??Lajulah aku jawab..ENCIK BOLEH BUKA BLOG SAYA??Dia kata cmtur...Biar betul dia nie..Aku jawab boleh jer..Dia kata kenapa gambar di download dalam blog keluar lambat..Dah aku explain pasal buat blog plak dekat dia..Macam-macam hal..

Selamat Hari Wilayah Persekutuan

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan dan selamat bercuti kepada semua warga Kuala Lumpur..TM Point Kepong nie ikut Kuala Lumpur ker Selangor ek??Time cuti Selangor nak cuti time K.L cuti pun nak cuti..Kalo nak tau ker tak cuti hari isnin ni datanglah tngok..Kalo buka area Selangor kalo tutup confirm area K.L..
Bawah ni ada FAKTA pasal Wilayah Persekutuan
Bendera Wilayah Perskutuan
Bendera Wilayah Persekutuan Labuan

Bendera Kuala Lumpur


Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.


Sejarah
Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membawa kepada penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tugas kementerian ini ialah memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan.

Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah disatukan ke dalam kontinjen tunggal Wilayah Persekutuan.
-Dari Wikipedia-

Kem ibadah di Melaka

Aktiviti pertama yang diadakan pada tahun 2010 nie..Hopely ada program yang best2 selepas nie..Program julung pertama kali diadakan ini...
Di Pengerusikan oleh Is
Dia kata:-Kem melepas tension di melaka untuk staff tmpoint kepong..takde program rasmi,kita jalan2 je pastu plan on d spot..amacam ada bran?satu malam..accomodation standby dlm rm50 sorang..

Start Time: Saturday, January 30, 2010 at 7:30am
End Time: Sunday, January 31, 2010 at 12:00am
Staf yang tak pergi mengucapkan:-
Selamat Sampai Selamat Pulang Selamat MC..He2

Warning!!

Yang Biasa Anda lihat

Yang Jarang anda lihat


Kami menyokong 100%