Tuesday, December 15, 2009

SKMM, TM diarah kaji khidmat Internet lebih murah.


Petikan dari Utusan Malaysia (15/12/2009)


KUALA LUMPUR 14 Dis. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia Berhad (TM) diarah menyediakan kertas cadangan kaedah penyediaan perkhidmatan Internet pada harga lebih rendah.Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, kertas cadangan itu akan diserahkan untuk penilaian Kabinet, Februari depan."Kerajaan tahu kos Internet di Malaysia masih tinggi, oleh itu Kabinet telah menyarankan SKMM dan TM menyediakan kertas cadangan (mengatasinya). "Ia mengenai bagaimana kita boleh sediakan perkhidmatan Internet yang lebih rendah daripada sekarang," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mahukan penjelasan mengapa kualiti perkhidmatan Internet di negara ini tidak memperlihatkan peningkatan sejak beberapa tahun lalu.


Gaji CSR bila nak naik??Hu2..

Saturday, December 12, 2009

70200 result!!!

(tekan gambar bagi besar kalo tak percaya)



Itu menandakan TMPoint Kepong Sentiasa Hangat-Pantas-Tangkas...Inilah buktinya...Pelanggan pun sangat suka datang kesini..Server down pun tak putus-putus pelanggan datang...Tak dapat aply hari tur balik rumah baca blog...wakaka..Ini lah dia TM Point no 1 negara...ha2..ni bukan main2 tapi kenyataan..result TMPoint Kepong telah melangkau jumlah tmpoint lain di Malaysia ni sebanyak 70200...Syabas semua!!!!

Thursday, December 10, 2009

4 Hari Jumaat cuti...

Kepada pelanggan yang dihormati sekalian..Kami TMPointkepong akan cuti berturut2 pada setiap hari jumaat..best oh..tapi yang kena kerja untuk hari sabtu..Selamat bekerja yea..untuk ingat mengingati sesama sendiri..Berikut merupakan cuti hari berikut....

1.Jumaat (11/12/2209)-Keputeraan Sultan Selangor



Ampun tuanku...

2.Jumaat (18/12/2009)-Maal Hijrah


1 muharam detik permulaan perpindahan nabi dan umat islam dari Mekah ke Madinah


3.Jumaat (25/12/2009)-Hari Natal

Time ni Malaysia dilanda salji dekat shopping complex..ramai jugak yang jadi santa claus..


4. Jumaat-Tahun baru 2010

Azam tahun lepas dah habis dah??Azam 2010??

SELAMAT BERCUTI SEMUA STAFF TMPOINT KEPONG-SELAMAT PULANG SELAMAT SAMPAI...-NJ-

Baja Kompas

Hari ini dalam sejarah...Tepat pukul 12.50 hari khamsi(10.12.2009)...





Mula-mula pelanggan ni terlepas no...Pelanggan merupakan seorang nenek cmtu..Dia bawa cucu dia aku rasa...Cucu dia memang lah kesana-kesini..nenek ni nak potong streamyx....dah isi borang...aku tengok guna ic dia..semua dah closed..takder masalah..sambil tur cucu dia tak leh duk diam..lepas habis jer aku berbicara dgn dia..dia kata dengan aku cucu dia tak tahan nak berak..lantas dan tangkas secepat mungkin nenek ni berjalan sambil bawa cucu dia keluar..tapi apakan daya...hasil titik usaha cucu dia maka tercipta lah ini.....





baja dari manusia dari umur budak 3-4 tahun..(gambar ori punya ni)


Dan seluruh TM Point bagai dilanda satu wabak...Wabak tutup hidung..Ada pelanggan yang gelak-gelak dan ada pelanggan yang tutup hidung tak bleh tahan bau...Dan dengan perasaan bangganya nenek tersebut blah begitu sahaja macam takder aper-aper yang berlaku...Aku rasa tepat waktu dan masanya suruh dia blah....kalo tidak memang kaunter 5 jadi mangsa woi..



kesudahan cerita dia.....


Kesian bibik terpaksa bersihkan dengan memakai penutup mulut H1n1 dengan sarung tangan plastik ciptaan sendiri...He2..NJ

Saturday, December 5, 2009

Sekalung Tahniah

TAHNIAH!!!!!

TAHNIAH KEPADA SALAH SEORANG RAKAN KITA IAITU PN ROHSILAI BINTI ABDULLAH YANG TELAH MELAHIRKAN ANAK LELAKI PADA 4/12/2009. TERNYATA HASRAT UNTUK MEMILIKI ANAK LELAKI SUDAH TERCAPAI. DIHARAP, DENGAN KEDATANGAN ORANG BARU MAKA REZEKI AKAN DILIMPAHI OLEH RAHMATNYA DAN MENJADI ANAK YANG SOLEH.

TAHNIAH DARI KAMI SEMUA WARGA TMPOINT KEPONG
SELAMAT BERPANTANG

Monday, November 30, 2009

Jangan biar anda diselumbungi misteriii..

Ni sambungan post entry mencari entiti yang tersembunyi...Nak publish gambar ni pun cam takut2 jer..demi kawan2 publish gak lah..Sebagai pedoman geng2 yang suka balik lambat..Ha2..Kalo tngok lama2 meremang bulu roma ni..Ni Email dari Kak ***** kejadian berlaku di ***



petikan dari email yang orang foward2 tur....aku just share jer aper diorang kata

------------------------------------------------------------------------------------

Gambar di ambil oleh staff kak *** , jumaat lepas kat **** ***, around asar time
**** ni kalau ada orang pun kat ***, bilik ni hanya equipmet adsl, foc dll. Sweeper ada tapi kalau ptg tu, memang dah balik lah. Apa pun terserah pada anda sekelian….dan my staff yg ambil gambar tu…bukan jenis kelentong, baik budak.
----------------------------------------------------------------------------------

btl ko dmo ni..??????..kwe tngk mcm oghe dok solat jh....saing kak *** kot,.he2...
-----------------------------------------------------------------------------------
Nasib baik tengah sembahyg….islam tuuu….Kalu tgh terbang ker…mau tak datang kerja dah..
-----------------------------------------------------------------------------------

Yang *** tur hanya orang dalam jer tau..
Aku said....
Kalo akulah jumpala live macam nie..Terkencing2 dibuatnya..Ha2..Boleh caya ker nie??
----------------------------------------NJ-----------------------------------------

Sorotan Pernikahan K-Rol

Tahniah K-Rol dari warga TM Point Kepong..



Sebelum tur aku nak berpantun skit...

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu



Masuk magazine lagi..



K-Rol dengan sekali nafas jer time akad nikah..dasat2..



Bersambung balik pantun dari atas..

Dimalam Hari Terang Senegeri
Bulan Purnama Di Kota Kulai
Majlis Gahari Bertambah Seri Dengan
Senyuman Kedua Mempelai

Bahtera Saudagar di pekan Satun
Datang berlabuh di Batu Pahat
Semoga Hidup Aman dan rukun
Jodoh kekal sehingga hayat.....

Monday, November 23, 2009

p1 suck..potongla kalau berani..

rintihan salah seorang pengguna w1max..tue la sapa suruh potong..(forum carigold)..email dari bos..

P1 WiMax Suck!!! pikir dulu sebelum potong

aku adalah pengguna awal p1 wimax ... selama ni servis baik punya tapi semenjak keluar iklan POTONG kat dalam tv, line P1 aku dah jadi makin teruk. kalau dulu lampu modem asyik hijau sekarang ni aku dapat merah dan oren saja , dan semakin hari makin teruk hinggakan 2 3 minit sekali disconnect... dari dulu sampai sekarang ni aku tak pernah ubah posisi modem ...

semalam aku ade buat complaint pasal disconnect melampau yang aku alami , diorang bagi alasan aku dah guna lebih had bandwitdh ... apa neraka plak sampai diorang buat line putus putus ni ... aku tak kisah laa kalau diorang bagi alasan fair bandwidth usage, line jadi slow takpe , janji connection tu stabil ...

kalau stail camni diorang amalkan , nak buat kerja pun tak smooth ... kejap kejap putus .. cuba bayangkan kalau tengah berurusan internet banking ke , jual beli online ke , x pasai pasai nanti terPOTONG duit dalam bank ... timbul masalah lain plak nanti

kesimpulannya sapa sapa yang ada niat nak potong streamyx korang .. aku suggest batalkan niat tu ... selemah lemah streamyx pun aku tak pernah mengalami unstable connection mcm yang aku rasa dgn P1 ni, kecuali kalau streamyx tu ada problem jumper ataupun masalah wiring atau network kat rumah.

skang ni kalau aku jumpa orang yg buat marketing P1 aku rasa nak POOTOONNGGGG aje ... P1 Wimax ni memang tak berbaloi baloi

mula dari hari ini aku declare war dgn P1 wimax
__________________



so apa lagi?
komenla..ada ke staff yang pakai p1?

Thursday, November 19, 2009

Selamat Bernikah K-Rol


Warga TMPoint Kepong mngucapkan selamat bernikah hari ahad ni 22 nov 2008



Ayam Dara dimasak gulai
Bungkus tapau enak disebat
K-Rol gembira menjadi mempelai
Semoga berkekalan ke akhir hayat
...........................................................................................................
Team CS kekurangan orang
Kalau jadi kejung dengan tiba-tiba
Sila lah cover kaunter kami
...............................................................................................................

Pantun kasi hentam sajalah....Selamat bercuti dan jangan lupa sambung kerja hari rabu(2 disember 2009)

Kecoh Bila Jamal Jamaludin..

JAMAL JAMALUDIN-PENYAMPAI SINAR.FM


Kali ni jamal dah 3 kali mengikut perkiraan aku yang dia datang semenjak ak kerja sini..Paling wajib mesti singggah kaunter CPE lepas dia bayar bil....Mybe ada kak izzah..??..Yang ak tak bleh blah...Mira kelam kabut datang dari belakang terjah jamal...macam lipas kudung...Katanya peminat fanatik...Tapi dalam kereta dia buka radio Hot.FM??he2..Fasha malu-malu kucing. orangnya...Bila orang ajak baru nak mai...Jamal ni orangnya sejibik dalam radio..peramah dan low profile...Kira di datang pun dah petang dan customer pun dah takder so mmg ada can lah tangkap gambar dengan dia...Ok lah dibawah ada fakta mengenai Jamal petikan dari website sinar.fm..




Fakta:-

CETUSAN HATI DAN DEDIKASI

Penyampai: Jamal Jamaludin
Masa: 10.00 malam - 2.00 pagi

Segmen:
10.00 mlm - Cetusan Hati Dan Dedikasi


Catatan Jamal Jamaludin (sumber dari http://www.sinar.fm/korner/penyampai/jamal.asp)

Nama saya: Jamal Jamaluddin

Umur saya dalam tempoh 10 dari sekarang: 10 hari sekarang = Masih 45, 10 tahun dari sekarang = baru 55

Kaset/Album Pertama dimiliki dengan wang sendiri: Kaset = sama ada The Eagles atau The Police, album = Van Halen

Masakan pertama yang saya masak dengan jayanya: Ayam masak merah

Lokasi perlancongan tempatan yang saya tak pergi-pergi lagi/kenapa: Hawaii sebab duit tak cukup-cukup lagi

Warna kegemaran saya dan mengapa: Merah dan Hitam sebab pasukan sukan yg disukai guna warna-warna tu

Filem yang membuatkan saya ketawa: filem-filem lakonan Steve Martin, Mike Myers atau Jim Carrey

Saya menjadi seorang yang sensitif bila: lihat warga emas dan bayi-bayi yang terbiar tanpa kasih sayang

Saya akan pergi ke Jalan Masjid India untuk…. beli Cheongsam atau makan ketupat rendang

Sekiranya diminta menjadi wakil Malaysia ke PBB, saya:…… pohon melucutkan sebuah negara besar daripada menjadi anggota Majlis Keselamatan PBB

Terpilih sebagai duta makanan Malaysia ke satu pameran Makanan Dunia dan diminta mencipta satu resepi istimewa melambangkan budaya bangsa Malaysia, saya akan namakan resepi itu MsiaLazat Ganda 23 kerana lazat sangat sehingga menjilat jari kaki .

Jika saya terserempak dengan hantu,……. tanya sajalah.... apa kabar Najman Mohamed?

Idola saya ialah… Michael Jordan

Erti persahabatan pada diri saya adalah….. sentiasa di pihak saya ketika susah senang dan sakit sihat.

`Rumahku Surgaku’ bermakna… Kediaman yang diselubungi suasana kasih sayang dan kebahagiaan.

-----------------------------------------------------NJ----------------------------------------------------

Friday, November 13, 2009

system down..

hari nie kepong tak ramai orang, system down lagi..dah masuk 4 kali minggu ni asyik system down je,customer pending makin banyak,sekali datang reramai lak tue..tension..tapi rileks la jap satu hari..ntah la dengar-dengar semua tmpoint down..kesian customer kan..hehe..is

Thursday, November 12, 2009

streamyx is still the best..

broadband comparison


I have become increasingly frustrated with maxis broadband. The last few days have been hell. The modem that has been running on HSDPA has been extremely slow to the point of intolerable and unacceptable proportions. I was on streamyx 1 Mbps 2 weeks ago but since moving to a new house, I have been relying on maxis broadband. The old streamyx was on my nephew’s account so I was not taking it with me. I really feel streamyx’s loss. Without wanting to go through another day of depression, I rang up the streamyx helpline today and was told it will take minimum 3 working days since I currently don’t have a fixed line. I am going for a 2 Mbps this time.
I have asked around which broadband service provider is the best and even conducted my own speedtest, and here’s the verdict. Since this is not a sponsored post, you can be assure of it’s fair ruling:
Streamyx - still number one. Stop thinking that there is a need for you to have a mobile internet. You can always go to the nearby Starbucks cafe for surfing. The internet speed is even better. If you are saying you want to be internet mobile somewhere where’s there’s no Starbucks or Coffee Bean, I can assure you the place you are going would definitely would have worst service for maxis and celcom broadband. Take Batu Pahat for example. It has no 3G service, thus your maxis or celcom broadband will be running at speeds less that what you are experiencing in Kuala Lumpur. From my experience, it takes more than 3 hours before my google mail opens up its email.
Izzinet - claimed to be 4G broadband provider. Bear in mind it’s 4G not 4 Mbps. Only available in Klang Valley area. Service is improving, but due to it being a small company, I doubt they have the financial strength to upgrade to better infrastructure as the number of users that they have grow.
Maxis broadband. Service is getting from bad to worse in Kuala Lumpur. I frequently get disconnected for no reason. Often times you get redirected to its maxis broadband page, which is really annoying. The service speed alone is bad enough and getting us to download its maxis page is just way too much as it slows down the real work that I wanted to do with internet.
Celcom broadband. The worst of the four. Even got complains from foreign IT consultants working at my company for its bad connectivity. Worst still, I find out that the majority of their agents not well-versed with the technical knowledge of the product. People consider broadband service for its speed and service. People are becoming smarter. They know how to compare. But if you don’t even know what speed transfer rate is, don’t even know what your competitor is offering, don’t know the unique selling proposition (USP) of your product is, don’t you even dare try to sell. Simple!

Wednesday, November 11, 2009

ralat..news about HSBB..boleh caye ke nie?

Mega-speed Internet to benefit 1.2m
2009/11/11 (new straits times)
PUTRAJAYA: More than 1.2 million households and business premises in the country will be wired up with optical fibre to enable them access to mega-speed Internetconnection. Telekom Malaysia has been tasked with laying the optical fibre and is expected to complete half the job by next year.
Telekom Malaysia has been tasked with laying the optical fibre and is expected to complete half the job by next year.
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said the high-speed broadband network of between 10Mbps and 1Gbps would give the public, businesses and government agencies a competitive boost via cutting edge communications.
(At these speeds, it will be possible to offer, among others, highdefinition TV online, live video chat and e-health services. Downloading a full-length feature film to your PC, for example, can take less than two minutes compared with at least two hours under the current speeds of 2 to 4Mbps).
It will also give the country the platform to develop the information and communication technology of tomorrow, Najib said at the opening of the 12th Multimedia Super Corridor (MSC) International Advisory Panel meeting here ye s t e r d ay.
Najib, who is also IAP chairman, said the move would also help Malaysia catch up with global leaders in industrial developm e n t s.
He said Malaysia needed a new paradigm to not only help the country catch up from where it was left behind but also take on a quantum leap to the ranks of developed nations.
“Malaysia has done well in the past by growing an industrial base while expanding our agricultural sector. At the same time, we have also nurtured a strong oil and gas industr y.
“But our prior focus on attracting foreign investment as a lowcost producer has now created a dilemma.
“Our industrial advancement has not kept pace with global leaders and we remain somewhat under- developed in this respect.” A new economic model would be introduced by the year-end with emphasis on innovation, creativity and high-value activities.
So far, Malaysia had already put in place a comprehensive reform of its capital market and introduced sweeping measures to liberalise its service sector.
It is also in the midst of putting in place a system to drive high performance at all levels of society.
Najib said the push for MSC Malaysia as a platform for developingworld- class ICT applications and a seeding ground for Silicon Valley-type entrepreneurs was vital, saying no economy could claim to be developed without having a significant technological component.
“Countries which are technologically advanced have and will continue to triumph while those that fail to make innovation a centrepiece of the economy will fall behind.
“It is no accident that technologically- advanced countries, like the US, Japan, Switzerland, Sweden, Canada and Australia, also dominate the list of the world’s wealthiest nations.” He said MSC Malaysiawas on its way to become a bustling creative multimedia hotspot with more than 200 digital content companies generating US$200 million (RM676 million) in revenue.
Najib cited the MyKasih programme, which incorporates the use of MyKad for needy families to use as a document to buy groceries, as another milestone for the MSC Malaysia initiative.
He said MSC Malaysia was entering its third phase of its development and would expand its ICT vision for industries and society.
“The next phase of MSC Malaysia will build upon our success and accelerate the use of ICT to boost the nation's economic growth and societal well-being.”



satu lagi berita pasal HSBB (High speed Broadband)

tapi bagaimana keberkesanannya?
boleh settle ke masalah customer?
ada lagi ke masalah "saya punya line tak boleh naik la bos"..?
akan ada lagi ke
harapan yang sangat menggunung supaya malaysia tidak lagi ketinggalan dengan lain-lain negara membangun.
sebab customer kat kepong nie,tak habis-habis compare ngan negara lain..
sama-sama la kita doa ye..is..

Tuesday, November 10, 2009

SKMM kaji iklan 'potong'

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji penyiaran iklan P1 Wimax broadband yang menimbulkan kontroversi apabila menggunakan perkataan "potong" secara berulang-kali dalam iklan itu.



Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Saei Kie, berkata kandungan iklan itu sedang dalam pertimbangan forum kandungan SKMM untuk menentukan sama ada ia bercanggah dengan kod kandungan yang sepatutnya. "Bagaimanapun untuk makluman semua, iklan sebelum boleh disiarkan mesti mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya kementerian ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di peringkat dasar bagi kementerian berkenaan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.


Datuk Mohamad Aziz

Terdahulu, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) mencelah penggulungan Heng bagi meminta kementerian menghentikan penyiaran iklan itu yang dikatakan boleh disalah tafsir. "Bila kita kata potong ini...lucah sangat la...kita faham (tukar penggunaan talian internet kepada jalur lebar) tapi bagi sesetengah orang, potong itu maknanya potong itulah (merujuk kepada berkhatan). "Saya ingat kalau boleh minta menteri iklan itu dipotonglah," katanya.


Bagaimanapun hasrat Mohamad untuk berhujah mengenai pengwujudan Tabung Kebajikan Penggiat Seni ditegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang meminta beliau meringkaskannya. "Yang Berhormat, sila ringkaskan, saya tidak mahu menggunakan perkataan 'potong' pada Yang Berhormat," katanya berseloroh. Mendengar teguran itu, Mohamad segera menghentikan hujahnya dengan berkata: "Jadi begitu saya tidak kena potonglah," yang mengundang ketawa ahli Dewan. - Bernama

Orang gila???


TM Point Kepong: Pelanggan mengamuk di tmpoint...pihak tmpoint kepong terpaksa memangil pihak polis untuk ditangkap kerana pelanggan tersebut tidak mahu balik..Dia nak duduk dekat sini..."Saya mahu duduk sini""Apa salah saya"..Yang tak leh tahan...Polis perempuan tersebut kena gigit oleh perempuan gila tersebut..dalam 10.35 pagi camtu....Itu untie kena tangkap dibawa ke balai polis..Mungkin disebabkan mental problem..Yang tak tahan siap boleh main komputer dalam bilik officer masa tur nak tungggu kedatangan polis perempuan...



Ceritakan pengalaman ngeri anda semasa kejadian...??

Sunday, November 8, 2009

Happy Besday Kak Shim...

Happy Besday Kak Shim....Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezki...TQVM blanja makan masa hari khamis lepas (2009-11-05)....Hari lahir Yang keberapa ni kak??Ni ha ada sedikit kek dari setiap kaunter bagi... Terimalah seadanya..
Ni kaunter CS bagi-----3 tingkat

Ni kaunter TMNET bagi...


Ni kaunter Reception bagi....


Ni kaunter MSOS bagi...


Ni kaunter CPE bagi...

Ni budak2 transformer bagi....Tradisonal sikitlah..



-NJ-
Rezeki jangan ditolak musuh senang dicari..

SUDAH Potong Kah?

Ntah ape2 ntah bila tengok iklan sudah potong2 tur...Ada yang tersurat ada yang tersirat...Itulah lah hakikat dunia pengiklanan dalam pemasaran..Setiap syarikat yang baru akan cuba sedaya upaya untuk meyakinkan pelanggan dengan lebih berkesan dengan memberi peringatan di televisyen,surat khabar,radio,singnboard dekat jalanraya berulang kali...Walaupun terpaksa memabayar berjuta-juta ringgit untuk disiarkan diwaktu perdana...Itulah dunia pemasaran, dengan pesaingan sihat secara tidak langsung pelanggan akan berfikir mana yang terbaik untuk membuat pilihan terbaik..Ni nama dia kos melepas dalam ekonomi..He2..Mesti korang ada blajarkan??Ni ha aku nak bercerita tentang seorang pelanggan yang datang dekat aku mengatakan sejauh mana kelancaran perkhidmatan wimax??Nak jawab per??Yang aku boleh cakap...Ramai yang potong aply balik lah...Pastu pelanggan tur mengadu dekat aku..Memang teruk lah pkhidmatan yg broadband tur..Bila hujan jer langsung takder...Oh yeker...Nak buat cmner..
Ada sorang pak haji nie datang mengadu dekat aku..Tak ker iklan potong2 ni menjatuhkan imej streamyx...Dia memang tak puas hati..Sepatutnya tak leh lah camtu dia kata lagi..Dia membebel keseorangan..Peminat setia streamyx rupanya..Tapi dia pun nak potong..Apelah pakcik nie..Aku cuba untuk potong tetapi ada masalah pending order..Pastu dalam minggu depan dia datang lagi tak jadi nak potong...Ha,slamat pakcik slamat...Saya tak potong lagi..Untuk pengetahuan korang dekat luar negara kalo iklan2 macam ni dah banyak keluar terutamanya untuk pasaraya2 besar dengan membuat perbandingan secara terang-terangan..Letak nama2 pasaraya yang betul..Bukan cam ikut warna!Bukan ikut ejaan A, B, C lah..Diorang berani..Itulah nama dia pemasaran secara terbuka yang baik kepada pelanggan untuk cari yang terbaik..Dekat Malaysia ni baru nak buat camtu..Tapi secara tersirat jer...Samada pelanggan faham atau tak...Janji komunikasi berkesan sampai kepada pelanggan..Nak ikutkan iklan diorang buat cam mane pun pelanggan dekat tmpoint kepong ni tak pernah berkurang!!!!...Betul tak kawan2???Diorang mesti cari yang bawah tur jugak...Berani potong bawah tur ker??-NJ-

LUPIKIR LAH SENDIRI....

Thursday, November 5, 2009

Mencari Entiti Tersembunyi

Kejadian ni berlaku pada hari rabu persamaan 4hb 2009...Kisah dia bermula apabila ak, kak shim, kak mis dan kak ina orang terakhir yang tinggal semasa kejadian...Dimana jam lebih kurang pukul 8 lebih...Adakah entiti paranomal datang pada waktu sebegini..Setidak2 selalu waktu kejadian sering berlaku tepat pukul 12 atau melebihi waktu itu...Ak memang tak caya sangat sebab ofiz ni berada dengan kesibukan orang ramai...Kejadian tersebut berlaku setelah aku menghabiskan print yang terakhir untuk pulang kerumah...Dimana aku dengar bunyi ngilaian istimewa dari seseorang di sebelah atau kanan penjuru kaunter..Kebetulan mmg nak punch-card utk balik setelah kerja semua dapat disettlekan sikit aku pun kebelakang dan berkata dekat Kak Mis dengan Kak Ina dekat dalam...Kak Mis kata "akak pun dengar juga"..Oiit saper bunyi mengilai tur..??Kak shim meluru keluar dengan untuk menyedapkan ketakutan dan berkata "jangan tegur"anggap tur macam bukan ngilaian dari seseorang..Ok..Mmg serius boleh roma ak bleh naik..Nak kata takut tak takut sangat..Sebelum ni pun pernah jumpa dkt ofiz lama n masa aku blajar..Masa kejadian mmg ak nak balik dah..Ak cakap dgn kak shim mmg sy nak balik..Kak Ina pun dengan lekas dan pantas pun nak balik sebab time tur husband kak ina ada tunggu dekat belakang..Lepas ak dgn kak ina balik dengar kata ada gangguan tersebut melalui perbuatan melalui entiti tersebut..Adakah faktor2 pelanggan tertinggal "benda" tersebut di Tmpoint semasa bayar bil??Adakah kejadian ini akan berulang lagi??Siapa mangsa seterusnya??Apa faktor entiti tersebut menganggu??Apakah kesudahanya...Segalanya akan terjawab dengan kita panggil agen pencari entiti "Krew SeeKers"Betul??Basmi Entiti di TMpoint Kepong..-NJ-
Tentang jenis-jenis makhluk halus ini, Imam At-Tabrani telah meriwayatkan sesebuah hadis dengan katanya bahawa Rasullullah S.A.W telah bersabda;
Jin itu ada 3 golongan . Satu golongan mempunyai sayap yan boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu golongan lagi perpindah dan bertempat...

Wednesday, October 28, 2009

Hari ni Hari hujan

Senangnya dalam hati kalau hari-hari ujan
keje tak de, cust pun tak de
Tapi takut gaji pulak yang tak de

Friday, October 23, 2009

budak cun kat tmp kepong..

hu..hu..jumpa lagi ek..kali ni giliran saya plak nak citer pasal ke'excited'tan budak2 ni kat staff baru. dari minggu lepas dok tanya bila staff baru tu nak masuk. hari ni akhir nya muncul jugak dia..aduhai comel betui orangnye..kiut miut..patut la bebudak laki kat cni cair..tambah2 si fiq tu. juling mata dia setiap kali budak tu lalu..he..he..si azami pun sama gak..tengah kira duit sempat lagi jeling2 tu..nama dia farah ain..selamat datang ke tmpoint kepong farah..kau jangan bimbang kakak2 kat cni n abag2 semuanye baik2 belaka. ok..chow chin chow..

Jangan main getah

Okeyla, kali ni nak ceritakan apa yang terjadi pagi tadi. selepas tukar duit kite balik kaunter dan terus panggil customer. nak jadikan cerita, selepas scan bil dan customer pun nak bayar kite pun nak le ikat $$. Tapi malu siot, bukan salah kite. bukan kite nak buat hal, getah tu yang buat perangai. masa nak ikat tu le dia putus. dahlah putus, dia terbang pulak kat lengan customer. Customer pompuan pulak tu.

aku nak tegur takut. tapi dia perasan ada getah kat lengan dia. terkejut sikit je dia. nasib baik dia bukan jenis yang melompat sakan. kalau tidak, sudah tentu nak pujuk dia payah. buat dia ada latah, tak ke haru nanti.

aku minta maaf bukan sekali, rasanya dari start getah tu hinggap kat lengan dia sampailah dia selesai dengan kite. dia pun terkejut juga. dia ingatkan cicak jatuh kat lengan dia. He...he...mana ada cicak sini madam, lipas adalah.(dalam ati je) So, pengajaran jangan main getah ye....

Wednesday, October 21, 2009

Krol Demam

12/10/2009-Hari ni karol demam,dia dah datang pagi tadi pastu tak sihat terus balik..Semoga krol sihat selamanya..sbb hari ni turn aku rehat skit...He2...Dalam CS kitorang ada satu perjanjian dimana kalo hari ni ko rehat cm aku rehat...Wani n Krol masuk kaunter...Kalo Krol rehat Ak dgn Wani masuk kaunter,kalo Wani rehat aku dengan krol masuk kaunter...koje-kojer n terus kojer..Rehat pun bukan 1 hari tur..Tu pun kena settlekan pending tak habis2...Kalo pagi yang kerja masuk kaunter...time breakfast n lunch yang rehat kena cover balik..Kalo ader komputer dapat lah guna kalo tak gunalah fgtc..kalo takder dua2 gunalah aper2..Mr maniam tak habis cuti lagi..Semoga CS mantop selamanya...NJ

Salah sangka..

Salam semua,hari ni 21/10/2009..Cerita ini diceritakan semula oleh aku...Ada sorang madam datang jumpa aku nak buat laporan tentang kerosakan internet,dia kata tak boleh guna dah lama dah..Lepas tu nak potong internet terus kalo tak dapat guna..tapi disebabkan tempoh perjanjian habis bulan 12 nie..so tak boleh...aku nak buat save,pastu aishah mai datang...knape najib??ni ha customer nak potong internet tp ada tmpoh perjanjian lagi...hbis cmner?dalam keseronokan kitaorang berbincang tetiba madam nie terus sampuk dalam bhs mandarin dengan nada menangis...cong ceng cong ceng...kitorang pun pandang sesama sendiri..dia ingat aishah cina mualaf..tulah duk cakap cina dengan dia..aku tergelak2..pastu aishah tarik dia ke meja transformer dekat skrin besar tur...dia duk merayu nak terminate..kesudahan citer dia tanya aishah...:-)...NJ

Tuesday, October 20, 2009

Sekalung Tahniah Untuk Warga TMPOINT

CONGRATED TO YOU ALLLL!!!!!

Tahniah buat semua warga Tmpoint Kepong kerana berjaya mendapat tempat kedua di dalam penyertaan visa debit kad yang berlangsung pada bulan September yang lalu. Jika tiada kerjasama kejayaan ini tidak dapat kita nikmati.....

Berita baik yang disampaikan oleh boss kita Cik Wani menjadi pemangkin untuk kita terus berjayakan??????

SAYA NITA..

hai..nama saya hasnita. nama glamer saya anita..tp saya suka kwn2 panggil nita@ita je.
saya dilahirkan di kg banggol che dol..kat mana tu?? pasir mas, kelantan ler.
saya baru je joint tmpoint kepong pada 18 jun 2009. waktu tu saya tengah sarat mengandung 8 bln. mula2 masuk kat sini first org yg saya jumpa adalah kerol..waktu tu tengah tunggu kat depan coz org yg pegang kunci blm sampai. mula2 masuk tempat baru tak la sonok sangat..sebab tak kenal lagi diaorg sume ni..tapi lama2 ok la..
bulan 7 saya cuti sebulan..terus sambung ngan cuti bersalin. seronok sangat cuti nak balik keje amatlah malas. tp nak wat cam ne..dah keje kan.
ok lah..tak nak tulis banyak2 nanti muak pulak korang nak baca..cuma nak ucapkan terima kasih banyak2 kat kakak2,abang2 dan adik2 kat tmpoint kepong yang sudi menerima kehadiran saya kat cni..10q!!

Monday, October 19, 2009

Ramadhan 2009




Sempena menyambut ramadhan 2009 yang lalu.... kami telah berbuka puasa di Hotel Singgahsana.... dengan hati yang ikhlas dan suci majlis kami berseri-seri lagi... makanannya usah dikata... semuanya best berlaka... ada hiburan dari kumpulan Rabbani walaupun tiada ahli utamanya yang telah pergi meninggalkan kita semua, rabbani terus berjuang....

Pendek kata kami ibarat satu keluarga... gembira sentiasa walaupun kerja banyak dipejabat.... ada yang bawa suami dan isteri tak lupa dengan anak-anak sekali dan ada juga yang bawa bakal orang rumah masing-masing (nak tunjuk sapa punya cun ka)....
yang penting niat tu.

Gambar bersama....



Tidak kira umur, tua muda dan juga tidak kira bangsa semua sama meraikannya. walau pun beghebut nak ambil makanan namun kite semua seronok malam tu. gambar kat atas ni masa memasing nak balik ghumah. buat Miza terima kasih coz sudi datang. Mr maniam wa tabik lu sama meraikan.
Buat Is dan Wan nanti tahun depan nanti tak nak bawak awek tau. kalau boleh lah bawak bini... he....he....(Jangan mare)

So, kalau ada jodoh tahun depan kita jumpa lagi. Jijah kate nak gi D'saji. Tahun ni tak dapat tahun depan kena book sebelum puasa.....

Posing maut punye....



Malam tu, tak tahulah kenapa dengan bebudak kepong ni. Time makan posing, time datang posing, time nak balik pun posing. memang pantang jumpa kamera. terutama adik syuk yang memang darring abis. cam mana korang tengok kite ni cam tu lah kite kat opis. kepala gila-gila tapi gila keje. sume badan comel-comel bukan sebab kuat makan, mungkin sebab dah kenyang dengan maki-maki pelanggan. yelah, nak maintain SPP sonyap jelah. dia orang yang mara-marah tu pun boleh kurus tau! Yang penting kite Hepi Kan...kan...kan...

Terima Kasih sume....



Lidah dah kelu melihatkan perangai bebudak ni. aku tahu, semua memang datang penuh haraoan nak kenyangkan perut. Mata semuanya meliar yang ada nak cari jodoh. tapi rasa-rasanya semua yang ada mesti otak dok pikirkan backlog. Keje-keje juga. makan, makan juga, suka,suka juga. tapi tak boleh lari dari hakikat. bak kata Labi

SELAGI BELUM TUTUP MATA KEJE...KEJE...KEJE...

Hidangan Mengenyangkan perut


Agak-agaknya kalau kite jual semua makan-makan kat atas tu dah sah memang boleh buat duit punya. tapi rasa-rasa tak sempat kalau bebudak kepong yang hadap. ini pun bak kata orang dia punya pencuci mulut. belum lagi hidangan utama. rasa-rasa kalau ada meja dua tingkat memang tak cukup. apa yang boleh peghatikan menu tu kalau nak sebut memang pagi esok pun tak abis. jadi apa yang adalah ye...

Daging Panggang
Buah-buahan tempatan
Nasi Ayam
Nasi campur
Mee dan Laksa
Aneka bubur dan pengat
Murtabak dan tosei
Sotong Kangkung
Bermacam aneka kek dan jeli
ABC
dannnnn banyakkkkk lagiiiii

Deparaya 2008



Ini merupakan majlis deparaya pada tahun 2008 dimana dengan selogan sepakat membawa berkat untuk meneratkan hubungan agar berkekal... kami telah ditemukan semula di majlis ini dimana ada staff lama telah memilih kerjaya lain (buat wati dan aza semoga berjaya dengan pilihan kamu) dan buat staff yang cari angin ditempat lain semoga berjaya disana (khas buat yatie, rozie, ila, lily, izan, lily, miza, lan dan fir).... korang tetapi dihati kami dan sentiasa diingati bergitu juga dengan korang semua....

Malam NITRO



Gambar ni diambil waktu TMpoint Selangor buat majlis hari keluarga.... majlis diadakan di hotel dengan tema zaman 60-an... semuanya cun-cun belaka, En.Maniam dengan topi koboinya (tak tahulah yang mana ada kaitan 60-annya) ada yang rambutnya berjambol didepan... ada yang bajunya yang lebih cun dari zaman 60-an.... pendek kata macam-macam ada..... walaupun zaman 60-an telah berlalu tapi ia kekal abadi di hati setiap warga malaysia....

Muka-muka tmpoint kepong



Ini dia antara muka-muka tmpoint kepong, ada yang cun, ada yang lebih cun posh dia (utk E), ada yang mcm Elvis. Itulah dia kami terdiri dari warga 1 malaysia yang berbilang kaum. Di Tmpoint kepong semua ada..

Thursday, October 15, 2009

TMpoint Kepong

Lokasi TMpoint kepong pada mulanya terletak di Taman Desa Kepong berhampiran balai polis kepong... kawasannya amat strategik yang terletak ditengah-tengah tapak perniagaan Taman Desa diantara KFC dan McD... nak makan apa, cakap je semuanya ada....

Kini TMpoint kepong berpindah di lokasi baru setelah bertukar namanya menjadi TMpoint dimana sebelum ini ia dikenali sebagai Kedai Telekom... lokasi baru diberi nama Taman Usahawan Kepong, berhampiran dengan JUSCO kepong..... senang ajekan nak cari.....semua orang tahu....

Cakap saja pasai Tmpoint Kepong semua staff TSSSB mesti terfikirkan satu perkara yang ada logiknya... iaitu sesiapa yang berbadan kecil masuk TMpoint Kepong akan bertukar menjadi BESAR... sebab itu TMpoint Kepong ada kalanya diberi nama jolokan TMpoint KEMBUNG (heheheheheh)... jangan marah sapa yang terasa.... tapi kini nak cari makanan yang sedap susah... jauh nak cari... yang ada mamak, kakak lori dan mamak... yang melayu bungkus.... tapi staff TMpoint kepong tetap kembung juga walaupun susah nak cari makanan yang lazat...tak tahulah mana silapnya.....

Staff TMpoint kepong ramai penghuninya... kalau buat rombongan boleh muat 1 bas express tapi yang dua tingkatlah (faham-faham jelah banyak badan besar)....... pelanggannya juga ramai juga sehingga berduyun tiba... sampaikan setiap hari boleh cecah 1000 orang (yang ramainya buat bayaran)....

Kehidupan kami ni setiap hari kena marah saja.... kena marah ngan pelanggan TM tak usah katalah... tapi kami buat bodoh je sebab dibayar rm30.00 setiap bulan (bilalah nak naik).... tapi dalam hati tuhan sajalah yang tahu....maklumlah keje sebagai CSR... kalau ngan boss ada juga tapi kami ok je... janji keje siap pastu boss belanja...(kena pau juga)....

Yang pentingnya kami happy.....